| Bahasa Melayu | English | Arabic |
/

    Laman Utama Prosedur Mahkamah Prosedur Mahkamah Mengikut Peringkat Mahkamah Rayuan


Prosedur Mahkamah Mengikut Peringkat Mahkamah Rayuan

1.) Pihak yang terkilan menfailkan Notis Rayuan dengan menggunakan Borang MS 29 mengikut peringkat Mahkamah dalam masa empat belas (14) hari selepas kes diputuskan bersama Kebenaran Merayu (jika perlu);

2.) Sesalinan Notis Rayuan diserahkan kepada Penentang Rayuan (Responden);

3.) Responden menfailkan Notis Rayuan Balas dalam Borang MS 31 dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh menerima Notis Rayuan;

4.) Perayu mendapat Nota Keterangan bersama-sama Notis dalam tempoh enam belas (16) minggu dari Notis Rayuan difailkan;

5.) Perayu hendaklah menfailkan Petisyen Rayuan dalam tempoh sepuluh (10) hari dari tarikh Nota Keterangan dan alasan keputusan diterima.
  • lima (5) salinan Rekod Rayuan mesti disediakan Perayu untuk Rayuan Mahkamah Rendah ke Mahkamah Tinggi;
  • tujuh (7) salinan Rekod Rayuan mesti disediakan Perayu untuk Rayuan Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan.
6.) Rekod Rayuan bersama Notis diserahkan kepada Responden untuk pendengaran;

7.) Pendengaran kes rayuan dimulakan;
  • Dengan hujah Perayu berdasarkan Petesyen Rayuan;
  • Dihujah balas oleh Responden; dan
  • Didengar hujah semula Perayu (jika ada).
8.) Mahkamah Rayuan membuat keputusan sama ada diakaskan, diubah, dipinda, diperintah bicara semula, dikekalkan mengikut yang berkenaan. Bagi Kes Jenayah sahaja 1.) Tiada rayuan boleh dibuat jika seseorang tertuduh telah mengaku salah dan disabitkan atas akuan itu, kecuali tentang takat atau kesalahan hukum. 2.) Jika Perayu berada di penjara, dia bolehlah memberikan pegawai yang menjaga penjara itu suatu notis rayuan sama ada secara lisan atau bertulis dan butir-butir yang dikehendaki dimasukkan di dalam Petisyen Rayuan. 3.) Pegawai penjara itu hendaklah dengan segera menghantar notis dan petisyen itu kepada mahkamah yang keputusannya dirayu.
Kembali