| Bahasa Melayu | English | Arabic |
/

    Laman Utama Prosedur Mahkamah Penerangan Kes Mal


Penerangan Kes Mal


1) Prosedur pengurusan permohonan memfailkan kes sama dengan permohonan di Mahkamah Rendah di para 1.1 berdasarkan :-
  • kesalahan dilakukan oleh seorang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen berkuatkuasa;
  • kesalahan dilakukan atau akibat kesalahan itu di dalam bidangkuasa tempatan Mahkamah;
  • hukuman maksimum yang diperuntukan Enakmen melebihi Ringgit Malaysia Tiga Ribu (RM3,000.00) atau penjara bagi tempoh yang melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali;
  • permohonan disertakan dengan kertas pertuduhan, borang permohonan mendaftarkan kes, salinan kad pengenalan Orang Kena Tuduh;
    sekiranya kes jenayah, tangkapan tanpa waran dan tiada jaminan.
2) Pendaftar tetapkan tarikh sebutan.

3) Jika Saman / Waran tangkap telah sempurna dan Orang Kena Tuduh hadir, perbicaraan dimulakan dengan;
  • baca pertuduhan kepada Orang Kena Tuduh;
  • pastikan Orang Kena Tuduh faham dengan tuduhan dikenakan ke atasnya;
  • jika Orang Kena Tuduh tidak faham dengan pertuduhan, perlu dibacakan sekali lagi sehingga faham;
  • Orang Kena Tuduh diminta pengakuan sama ada mengaku bersalah atau minta dibicarakan;
  • Jika mengaku salah hendaklah secara sukarela dan faham akibat pengakuan salah;
  • Pendakwa Syarie diminta membentangkan fakta kes yang berkaitan;
  • Sekali lagi pengakuan Orang Kena Tuduh terhadap fakta kes yang dibentangkan;
    1. jika bersetuju, Orang Kena Tuduh disabitkan dengan pertuduhan yang dikenakan,
    2. Orang Kena Tuduh diberi peluang merayu agar diringankan hukuman yang akan dikenakan,
    3. Pendakwa Syarie diberi peluang berhujah balas di atas rayuan Orang kena Tuduh.
  • Hakim jatuhkan hukuman.
4) Jika Orang Kena Tuduh tidak mengaku bersalah, Hakim perintah kes dibicarakan dengan;
  • dengar pemeriksaan utama saksi Pendakwa Syarie;
  • Dengar pemeriksaan balas saksi-saksi Pendakwa Syarie (jika ada);
  • Dengar pemeriksaan semula saksi-saksi Pendakwa Syarie (jika ada);
  • Hakim perintahkan Orang Kena Tuduh mengemukakan hujah penggulungan dan kemudian diikuti dengan hujah Pendakwa Syarie;
  • Jika kes tidak mencapai ‘prima facie’, Orang Kena Tuduh tidak perlu dipanggil membela diri dan dibebaskan;
  • Jika kes mencapai tahap ‘prima facie’, Orang Kena Tuduh diperintah membela diri dengan tiga (3) cara;
    iaitu
    1. memberi keterangan bersumpah;
      atau
    2. memberi keterangan tidak bersumpah;
      atau
    3. berdiam diri.
  • Sekiranya Orang Kena Tuduh membela diri dengan cara (a), Orang Kena Tuduh boleh disoal balas oleh Pendakwa Syarie (jika ada) dan Orang Kena Tuduh berhak memberi keterangan semula (jika ada);
  • Sekiranya Orang Kena Tuduh memilih (b), tiada proses keterangan soal balas dan soal semula;
  • Sekiranya Orang Kena Tuduh memilih (c), Hakim terus perintah saksi-saksi Orang Kena Tuduh memberi keterangan (jika ada), disoal balas oleh Pendakwa Syarie (jika ada) dan disoal semula oleh Orang Kena Tuduh (jika ada);
  • Setelah selesai sesi Orang Kena Tuduh memberi keterangan, Hakim perintah Pendakwa Syarie mengemukakan hujah terakhir dan diikuti hujah Orang Kena Tuduh;
  • Hakim memberi keputusan sama ada Orang Kena Tuduh bersalah atau tidak;
  • Jika Orang Kena Tuduh tidak bersalah, dilepas dan dibebaskan. Sekiranya Orang Kena Tuduh bersalah, Hakim jatuhkan hukuman;
  • Mana-mana pihak yang terkilan, boleh mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah dalam tempoh empat belas (14) hari.
Kembali