| Bahasa Melayu | English | Arabic |
/

    Halaman Utama Profil JKSM


Profil JKSM

PERHATIAN

Untuk maklumat terperinci berkaitan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), sila layari Laman Web Rasmi JKSM di www.jksm.gov.my


 
Latar Belakang JKSM [Atas]

3 Julai 1996 Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju cadangan Penyusunan Semula Mahkamah-Mahkamah Syariah seluruh Malaysia melalui kaedah-kaedah berikut:-


  1. Tubuhkan JKSM oleh Kerajaan Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Hakim Syarie Malaysia juga Ketua Perkhidmatan Gunasama Pegawai Syariah.
  2. Wujudkan struktur organisasi JKSM
  3. Wujudkan empat (4) jawatan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah bagi menimbang semula kes rayuan Mahkamah Rayuan Negeri-negeri dan Wilayah-wilayah.
  4. Mengekalkan struktur Mahkamah Syariah Negeri-negeri dan Wilayah-wilayah termasuk pentauliahan Ketua Hakim Syarie serta Pegawai-pegawai Syariah.
  5. Mewujudkan satu Perkhidmatan Gunasama Pegawai Syariah.
  6. Kerajaan Persekutuan akan membiayai kos Pegawai Syariah.
 
Moto, Visi, Misi, Objektif & Fungsi [Atas]

 

Moto

'Syariah Asas Keadilan'

Visi

Memartabatkan Institusi Kehakiman Syariah dalam Sistem Kehakiman dan Perundangan Negara.

Misi

Meningkatkan Kecekapan dan Keseragaman dalam Sistem Pentadbiran Kehakiman Syariah di Seluruh Malaysia.


Objektif

  1. Mengendalikan kes-kes Mahkamah Rayuan Syariah di Malaysia;
  2. Menggubal dasar dan strategi untuk mempertingkatkan prestasi Mahkamah Syariah negeri-negeri;
  3. Menyelaraskan prosedur kehakiman untuk diterima pakai di negeri-negeri;
  4. Mengawal dan menilai program dan aktiviti-aktiviti Mahkamah Syariah negeri-negeri yang menerima pakai skim Perkhidmatan Gunasama Pegawai Syariah Persekutuan; 
  5. Membina dan menyelaraskan kaedah-kaedah dan Arahan Amalan serta peraturan kepada semua pegawai syariah di JKSM, negeri-negeri dan lain-lain agensi berkaitan;
  6. Membangun, menyelaras dan mentadbir penggunaan sIstem maklumat elektronik di JKSM, negeri-negeri dan agensi berkaitan;
  7. Menguruskan pembangunan dan keperluan modal insan di JKSM, negeri-negeri dan agensi berkaitan;
  8. Membangunkan Pusat Sumber Maklumat dan penerbitan berkaitan sistem perundangan dan kehakiman syariah bagi menyediakan bahan–bahan rujukan ilmiah kepada pegawai syariah di seluruh Malaysia dan orang awam;
  9. Melaksanakan penyelidikan berkaitan sistem perundangan dan kehakiman syariah sesuai dengan perkembangan semasa;
  10. Mengawal selia perintah nafkah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah melalui tindakan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah;
  11. Menyalurkan pendahuluan nafkah kepada pelanggan yang layak sementara tindakan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah diselesaikan di Mahkamah Syariah;
  12. Menyediakan perkhidmatan BSK Transit kepada pelanggan Mahkamah Syariah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
 

Piagam Pelanggan [Atas]

 

  1. Memastikan 80 peratus kes-kes Mahkamah Rayuan Syariah diselesaikan dalam tempoh 6 bulan selepas didaftarkan di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia; 
  2. Memastikan pembinaan Arahan Amalan dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh persetujuan Jawatankuasa Kerja Arahan Amalan;
  3. Memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus Pegawai Syariah menghadiri 3 kursus teras dalam tempoh 1 tahun dari tarikh pelantikan;
  4. Memastikan peperiksaan perkhidmatan di bawah Skim Perkhidmatan Pegawai Syariah untuk tujuan pengesahan jawatan dilaksanakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun;
  5. Memastikan bil/tuntutan yang lengkap, dibayar dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan oleh Unit Kewangan;
  6. Memastikan wang pendahuluan dana Sokongan Keluarga dibayar dalam tempoh 7 hari dari tarikh kelulusan Jawatankuasa Amanah Sokongan Keluarga;
  7. Memastikan maklum balas terhadap aduan berkaitan aplikasi sistem dan peralatan ICT diberikan dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh aduan;
  8. Memastikan kajian/penyelidikan jangka pendek diselesaikan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh arahan dikeluarkan;
  9. Memastikan maklum balas awal terhadap pertanyaan dan aduan pelanggan disediakan dalam tempoh 3 hari bekerja; dan
  10. Memastikan Jurnal Hukum diterbitkan sekurang-kurangnya 4 kali setahun.  
 
Carta Organisasi [Atas]
 
Nama & Alamat Pejabat Kehakiman Syariah Negeri [Atas]
 
Kelantan Kedah Pahang
Ketua Hakim Syarie
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan,
Kompleks Mahkamah Syariah,
Bandar Baru Tunjung,
Jalan Pasir Mas - Salor,
15518 Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim.


Tel : 09-7482206
Fax : 09-7430476

Ketua Hakim Syarie
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah
Aras 2, Bangunan Mahkamah Syariah
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
06550 Bandar Muazzam Shah
Kedah

Tel : 04-7339522
Fax : 04-7339559
Ketua Hakim Syarie
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pahang
D/A Bangunan Lama Mahkamah Sivil,
Jalan Masjid, 25000 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.



Tel : 09-5177966
Fax : 09-5134805
Johor Terengganu Sarawak
Ketua Hakim Syarie Negeri Johor
Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Johor
Bangunan Mahkamah Syariah,
Lot 259, Jalan Abu Bakar
80100, Johor Bahru
Johor




Tel : 07-2199000
Fax : 07-2213133
Ketua Hakim Syarie
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu
Bangunan Mahkamah Syariah Terengganu
Aras 4 dan 5,
Jalan Sultan Mohamad
21100 Kuala Terengganu
Terengganu


Tel : 09-6232323
Fax : 09-6241510

Ketua Hakim Syarie
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sarawak
Ibu Pejabat, Tingkat 4,
Bangunan Mahkamah Syariah Kuching,
Anjung Kanan, Jalan Satok
93400 Kuching
Sarawak


Tel : 082-429810
Fax : 082-244576
Selangor Perak Negeri Sembilan
Ketua Hakim Syarie
Mahkamah Syariah
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor
Persiaran Masjid, Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan


Tel : 03-55191294
Fax : 03-55191317

Ketua Hakim Syarie
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak
Kompleks Mahkamah Syariah
Jalan Pari Off Jalan Tun Abdul Razak
30100 Ipoh
Perak

Tel : 05-2545477
Fax : 05-2422458

Ketua Hakim Syarie
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan,
Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Sembilan,
1054A, Jalan Sendayan,
71950 Bandar Sri Sendayan, 
Negeri Sembilan

Tel : 06-781 2444
Fax : 06-781 2424

Melaka Sabah Kuala Lumpur
Ketua Hakim Syarie Negeri Melaka
Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Melaka
Lot 2434, Tingkat Bawah
Blok B, Kompleks Mahkamah Melaka
Leboh Ayer Keroh
75450 Melaka


Tel : 06-2332061
Fax : 06-2313913

Ketua Hakim Syarie
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah
Bangunan Usia, Tingkat 3,
Beg Berkunci 130,
88739 Kota Kinabalu
Sabah



Tel : 088-256059
Fax : 088-219066

Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan
Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan,
Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan
No. 71, Jalan Sri Hartamas 1,
Taman Sri Hartamas,
50676 Kuala Lumpur
 
Tel : 03-62057000 / 7200
Fax : 03-62057100

Pulau Pinang Perlis
Ketua Hakim Syarie
Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang
No. 3, Jalan Batu Gantung
10450 Pulau Pinang




Tel : 04-8271875
Fax : 04-8296427

Ketua Hakim Syarie
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis,
Darul Qada' Tuanku Syed Sirajuddin,
Persiaran Jubli Emas,
Jalan Pegawai, 
01000 Kangar , Perlis.


Tel : 04-9774846
Fax : 04-9775107

 
 
Kembali