| Bahasa Melayu | English | Arabic |
/

    Laman Utama Terma Perkhidmatan


Terma Perkhidmatan

Perhatian:
  • Sila baca dan terima Terma Perkhidmatan ini sebelum mula menggunakan Pendaftaran Kes Dalam Talian dengan Pembayaran.

TERMA PERKHIDMATAN

1. TANGGUNGJAWAB PENDAFTARAN ANDA (Polisi)
Untuk membolehkan anda menggunakan Perkhidmatan, anda setuju untuk:
  1. menyediakan maklumat mengenai diri sendiri yang benar, tepat, terkini dan lengkap sebagaimana yang diminta di dalam borang pendaftaran keahlian atau lain-lain borang pendaftaran perkhidmatan.("Data Pendaftaran") dan
  2. mengemaskini Data Pendaftaran untuk memastikan ia benar, tepat, terkini dan lengkap. Jika anda memberikan sebarang maklumat yang tidak benar, tidak tepat atau tidak lengkap, atau E-Syariah mempunyai asas yang kukuh untuk mempercayai bahawa maklumat itu tidak benar, tidak tepat, tidak semasa atau tidak lengkap, E-Syariah mempunyai hak untuk menggantung atau menamatkan keahlian anda dan menolak sebarang dan semua penggunaan Perkhidmatan pada masa kini atau masa depan (atau mana-mana bahagian darinya). E-Syariah mengambil berat tentang keselamatan dan privasi semua pengguna-penggunanya.
2. AKAUN AHLI, KATA LALUAN DAN KESELAMATAN (Prosedur)
Anda akan menerima kata laluan dan keahlian apabila melengkapkan proses pendaftaran keahlian. Anda adalah bertanggungjawab untuk memastikan kata laluan dan maklumat keahlian anda adalah sulit pada setiap masa, dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk semua aktiviti yang berlaku di semasa penggunan keahlian atau kata laluan anda. Anda setuju untuk :
  1. segera memaklumkan kepada E-Syariah sekiranya terdapat penggunaan kata laluan atau keahlian anda secara tidak sah atau sebarang bentuk pencerobohonan, dan
  2. memastikan anda keluar (exit) atau log off daripada akaun anda bagi sesetengah daripada Perkhidmatan yang memerlukan anda berbuat sebegitu. E-Syariah tidak boleh dan tidak akan dipertanggungjawabkan ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang timbul daripada kegagalan anda untuk mematuhi Bahagian 5 ini.

3. ETIKA AHLI
Anda faham bahawa semua maklumat, data, teks, perisian, muzik, bunyi, gambar foto, grafik, video, mesej atau lain-lain material ("Kandungan"), sama ada disiarkan kepada umum atau di siarkan secara persendirian, adalah tanggungjawab penuh individu atau pihak daripada mana Kandungan tersebut berasal. Ini bermakna anda, dan bukan E-Syariah, adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua Kandungan yang anda pindah hantar (upload), siarkan (transmit), e-mel, hantar (submit) atau apa cara sekalipun yang membolehkan ia diperolehi menerusi Perkhidmatan. E-Syariah tidak mengawal Kandungan yang disiarkan menerusi Perkhidmatan dan oleh kerana itu, tidak menjamin ketepatan, intergriti atau kualiti Kandungan seperti itu.

Anda faham bahawa dengan menggunakan Perkhidmatan, anda mungkin akan terdedah kepada Kandungan yang anda tidak suka atau boleh dipertikaikan. E-Syariah tidak boleh dipertanggungjawabkan dalam apa jua bentuk cara untuk apa-apa Kandungan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, ke atas sebarang ralat atau kesilapan dalam mana-mana Kandungan, atau ke atas apa-apa kerugian atau kerosakan dalam apa-apa bentuk yang berlaku akibat penggunaan mana-mana Kandungan yang disiarkan, melalui e-mel, dihantar ataupun lain-lain cara yang disediakan menerusi Perkhidmatan.

Anda setuju untuk tidak menggunakan Perkhidmatan untuk:

  1. pindah hantar, siar, e-mel, hantar atau melalui lain-lain cara menyediakan sebarang Kandungan yang melanggar undang-undang, berbahaya, mengancam, penyalahgunaan, memalukan, mendera, mengganggu privasi orang lain, membenci, berunsur perkauman atau apa jua yang boleh dibantah atau dipertikaikan;
  2. mencedera atau membahayakan orang lain dalam apa jua cara;
  3. menyamar sebagai individu atau entiti, termasuk tetapi tidak terhad kepada, para petugas, moderator, atau sukarelawan E-Syariah, atau menipu dengan apa jua cara dengan menyatakan kerjasamanya dengan individu atau entiti;
  4. meniru atau memanipulasi dengan apa jua cara dalam maksud untuk mengelirukan atau menyembunyikan sumber asal sebarang Kandungan yang dihantar menerusi Perkhidmatan;
  5. pindah hantar, siar, e-mel, hantar atau melalui lain-lain cara menyediakan sebarang Kandungan yang mana anda tidak mempunyai sebarang hak ke atasnya di bawah undang-undang atau kontrak atau hubungan tertentu (seperti maklumat dalaman, persendirian dan maklumat sulit yang diketahui atau didedahkan sebagai sebahagian daripada hubungan pekerjaan (employment relationships) ataupun di bawah persetujuan tertutup (under nondisclosure agreements));
  6. pindah hantar, siar, e-mel, hantar atau melalui lain-lain cara menyediakan sebarang Kandungan yang melanggar mana-mana paten, tanda niaga, rahsia perniagaan, hakcipta atau hak persendirian ("Hak") mana-mana pihak;
  7. pindah hantar, siar, e-mel, hantar atau melalui lain-lain cara menyediakan sebarang pengiklanan yang tidak diundang (unsolicited) atau yang tidak dibenarkan, material promosi, "junk mail," "spam," "surat berangkai (chain letters)", "skim piramid", atau apa-apa bentuk tawaran atau rayuan kecuali di tempat-tempat yang dikhaskan untuk tujuan itu.;
  8. pindah hantar, siar, e-mel, hantar atau melalui lain-lain cara menyediakan sebarang material yang mengandungi perisian virus atau apa-apa aturcara komputer, fail atau program yang direkabentuk untuk mengganggu, memusnah atau mengganggu kefungsian mana-mana perisian atau perkakasan komputer,atau peralatan telekomunikasi lain;
  9. mengganggu pengguna-pengguna lain Perkhidmatan dalam apa jua bentuk, ataupun melalui apa-apa cara menyebabkan kesan negatif ke atas pengguna-pengguna lain;
  10. mengganggu atau membuat kacau Perkhidmatan atau komputer pelayan (server) atau rangkaian yang bersambungan ke Perkhidmatan, atau tidak mematuhi sebarang keperluan, prosedur, polisi atau peraturan rangkaian-rangkaian yang bersambungan ke Perkhidmatan;
  11. melanggar dengan niat ataupun tanpa niat mana-mana undang-undang tempatan, negeri, kebangsaan atau antarabangsa, termasuk tetapi tidak terhad kepada, peraturan dan undang-undang yang dikeluarkan oleh kementerian-kementerian kerajaan atau pihak berkuasa tempatan.;
  12. melalui apa-apa cara mengugut individu atau pihak lain; atau
  13. mengumpul dan menyimpan data peribadi tentang lain-lain pengguna.
Anda mempersetujui bahawa E-Syariah tidak semestinya menapis Kandungan, tetapi E-Syariah dan pihaknya mempunyai hak (tetapi bukan tanggungjawab) dengan kehendak diri mereka sendiri untuk tidak menerima atau membuang sebarang Kandungan yang disediakan menerusi Perkhidmatan. Tanpa ada batasan, E-Syariah dan pihaknya mempunyai hak untuk membuang atau mengeluarkan sebarang Kandungan yang melanggar TP atau dalam apa jua keadaan yang boleh dipertikaikan. Anda setuju bahawa anda mesti mengkaji, dan menanggung semua risiko yang berkait dengan sebarang penggunaan Kandungan, termasuk kebergantungan ke atas ketepatan, kelengkapan dan kebergunaan mana-mana Kandungan. Sehubungan dengan ini, anda bersetuju bahawa anda boleh untuk tidak bergantung kepada sebarang Kandungan yang dihasilkan oleh E-Syariah atau yang dihantar kepada E-Syariah, termasuk tanpa had ke atas maklumat di mana-mana bahagian E-Syariah dan semua Perkhidmatan.

Anda menerima dan setuju bahawa E-Syariah boleh menyimpan Kandungan dan mungkin juga mengemukakan Kandungan jika diperlukan untuk berbuat demikian oleh undang-undang atau dengan kepercayaan bahawa penyimpanan atau pengemukaan itu adalah diperlukan dengan alasan yang kukuh untuk:
  1. mematuhi proses guaman;
  2. menguatkuasakan TP;
  3. bertindak balas ke atas aduan bahawa mana-mana Kandungan melanggar hak pihak ketiga; atau
  4. melindungi hak, harta, atau keselamatan peribadi E-Syariah, pengguna-penggunanya dan orang awam.
Anda faham bahawa proses teknikal dan transmisi Perkhidmatan, termasuk Kandungan anda, mungkin melibatkan
  1. transmisi melalui pelbagai rangkaian; dan
  2. berubah untuk mematuhi dan mengadaptasi keperluan teknikal untuk menghubungkan rangkaian atau peralatan.
Saya Terima : Masuk Kembali