| Bahasa Melayu | English | Arabic |
/

    Laman Utama Maklumat Peguam Syarie


Maklumat Peguam Syarie


Negeri: Johor


  1. Jawatankuasa Peguam Syarie
    • Keahlian Jawatankuasa
    • Fungsi Jawatankuasa
  2. Proses Permohonan Perlantikan Peguam Syarie
    • Dokumen Sokongan
    • Fi Pemprosesan
    • Fi Sijil Amalan Tahunan
    • Tempoh Kesahan Sijil Amalan Peguam Syarie
  3. Kelayakan Peguam Syarie
  4. Proses Pembaharuan
    • Garis panduan pembaharuan
  5. Proses Bantahan Terhadap Perlantikan Peguam Syarie
  6. Proses Aduan Terhadap Kelakuan Peguam Syarie
  7. Proses Rayuan Oleh Peguam Syarie
  8. Tatatertib Peguam Syarie

Keahlian
Jawatankuasa

  1. Kadi Besar sebagai Pengerusi

  2. Penasihat Undang-Undang Negeri Johor

  3. Ketua Hakim Syarie

  4. Ketua Pendaftar

  5. Setiausaha Majlis Agama Islam

Fungsi
Jawatankuasa

  1. Mengelolakan peperiksaan Sijil Peguam Syarie dan semua perkara lain yang perlu atau bersampingan dengan peperiksaan itu, termasuklah :

      a) menyediakan dan menerbitkan sukatan-sukatan
          pelajaran peperiksaan
      b) menyedia menilai atau memeriksa soalan atau
          jawapan bagi peperiksaan;
      c) menganugerah Sijil-Sijil Peguam Syarie.
     

  2. Menerima masuk sebagai Peguam Syarie mana-mana orang berkelayakan.
     

  3. Menjalankan apa-apa fungsi atau tugas lain yang diarah oleh Majlis.

( Kaedah 7 )


Fi Pemprosesan

Tiada Bayaran

Fi Sijil Amalan Tahunan

RM30

Tempoh Kesahan Sijil
Amalan Peguam Syarie

Setahun

Kelayakan
Peguam Syarie

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Akademik
  • Tidak bankrap
  • Tiada kesalahan Jenayah Syariah dan Sivil
 

Garis Panduan
Pembaharuan

  1. Salinan Kad Pengenalan

  2. Sesalinan Sijil Peguam Syarie

  3. Pembayaran melalui wang pos RM30

Proses
Bantahan

  1. Permohonan pemohon hendaklah disampaikan kepada Pengerusi Jawatankuasa dan sesalinannya kepada Pendakwa Syarie.
     

  2. Jika Pendakwa Syarie bercadang hendak membantah permohonan pemohon, maka hendaklah disampaikan kepada pemohon itu dan Pengerusi Jawatankuasa dalam tempoh empat belas hari selepas permohonan itu diterima oleh Pendakwa Syarie, suatu notis bantahan yang hendaklah menyatakan alasan-alasan bagi bantahan itu.
     

  3. Apabila suatu notis bantahan dibuat, permohonan itu hendaklah ditetapkan untuk dipertimbangkan oleh Jawatankuasa dalam tempoh satu minggu selepas notis bantahan itu diterima oleh Pengerusi Jawatankuasa dan pemohon.

( Kaedah 11 )

Proses
Aduan

  1. Apa-apa aduan mengenai kelakuan seorang Peguam Syarie atas sifat professionalnya hendaklah dibuat kepada Jawatankuasa.
     

  2. Mahkamah atau Pendakwa boleh pada bila-bila masa merunjukkan kepada Jawatankuasa apa-apa maklumat yang menyentuh kelakuan seseorang Peguam Syarie atas sifat profesionalnya.

( Kaedah 18 )

Proses
Rayuan

  1. Seseorang yang tidak puas hati dengan sesuatu keputusan Jawatankuasa boleh memohon kepada Majlis bagi mengulangkaji keputusan.
     

  2. Jika Jawatankuasa tidak membuat keputusan berkenaan sesuatu permohonan yang dibuat dalam masa dua minggu selepas notis bantahan diterima oleh Pengerusi Jawatankuasa dan pemohon, pemohon boleh memohon di bawah Kaedah ini seolah-olah permohonan itu telah diputuskan bertentangan dengan permohonannya.
     

  3. Ahli Jawatankuasa yang menjadi ahli Majlis tidak boleh menyertai Majlis semasa Majlis mengulangkai keputusan Jawatankuasa.

( Kaedah 12 )

Tatatertib
Peguam Syarie

  1. Peguam Syarie hendaklah tertakluk kepada kawalan Jawatankuasa dan boleh apabila sebab yang sewajar ditunjukkan kena dikeluarkan dari Daftar atau digantung daripada menjalankan amalan mengikut cara yang diperuntukkan kemudian daripada ini atau dicela.
     

  2. Sebab yang sewajar itu boleh ditunjukkan dengan bukti bahawa Peguam Syarie itu di Malaysia atau di tempat lain:

      a) telah disabitkan atau suatu kesalahan jenayah yang
          menjadikan ia tidak layak menjadi seorang anggota
          professionalnya;
     
      b) telah bersalah atas kelakuan curang pada menjalankan
          kewajipan profesionalnya atau atas kelakuan frod
          atau kelakuan yang tak sesuai dengan seseorang
          Peguam Syarie.

      c) telah menawarkan atau memberi suapan kepada
          mana-mana orang kerana telah mendapatkan
          pekerjaan bagi dirinya atau bagi mana-mana Peguam
          Syarie lain dalam apa-apa urusan undang-undang.

      d) telah secara langsung atau secara tak langsung
          mendapatkan atau cuba mendapatkan pekerjaan
          bagi dirinya atau bagi seseorang Peguam Syarie lain
          melalui atau dengan arahan seseorang yang
          kepadanya sesuatu saraan kerana mendapatkan
          pekerjaan itu telah diberi olehnya atau dipersetujui
          atau dijanjikan untuk diberikan sedemikian.

      e) telah menerima pekerjaan dalam apa-apa urusan
          undang-undang melalui seorang penarik pelanggan.

      f)  membenarkan mana-mana pihak kerani atau mana-
          mana orang lain yang tak berkuasa mengusaha atau
          menjalankan urusan undang-undang atas namanya,
          manakala kerani atau orang lain yang tak berkuasa
          itu tidak berada di bawah kawalan terus dan langsung
          pengetunya yang dapat mempastikan supaya itu tidak
          bertindak tanpa pengawasan yang wajar;
     
      g) menjalankan dengan sendiri atau melalui mana-mana
          orang lain yang digunakan khidmat olehnya apa-apa
          tred, perniagaan atau pekerjaan yang pada pendapat
          Jawatankuasa adalah tidak sesuai dengan profesion
          undang-undang atau ia adalah diguna khidmat dalam
          mana-mana tred, perniagaan atau pekerjaan itu; atau

     h)  telah melanggar atau mungkir mematuhi mana-mana
          peruntukkan Kaedah-kaedah ini atau mana-mana
          keadah yang dibuat di bawah Enakmen Pentadbiran
          Agama Islam 1978 jika pada pendapat Jawatankuasa
          pelanggaran atau kemungkiran itu memerlukan
          tindakan tatatertib.
     

  3. Dalam apa-apa pembicaraan di bawah Kaedah ini Jawatankuasa boleh selain daripada fakta-fakta kes itu mengambilkira kelakuan orang yang berkenaan itu pada masa yang lalu untuk menentukan apakah perintah yang patut dibuat.

( Kaedah 17 )

Kembali