untuk menjalankan peperiksaan Sijil Peguam Syarie dan semua perkara lain yang bagi atau bersampingan dengan peperiksaan itu, termasuklah : a) menyediakan dan menerbitkan sukatan pelajaran bagi peperiksaan; b) menetapkan tarikh peperiksaaan; c) menyediakan atau menilai soalan-soalan dan memeriksa kertas-kertas peperiksaan; d) memberikan kertas-kertas peperiksaan;
untuk menerima Peguam Syarie; dan
untuk melaksanakan apa-apa fungsi atau tugas lain yang diarahkan oleh Majlis
Tiap-tiap Sijil Peguam Syarie boleh diperbaharui apabila Jawatankuasa berpuas hati bahawa pemohon telah membayar fee sebanyak RM 100.00 dan telah mematuhi kehendak-kehendak kaedah-kaedah ini.
Apa-apa bantahan mengenai permohona atau penerimaan seseorang sebagai Peguam Syarie hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Pengerusi Jawatankuasa dengan alasan-alasan bagi bantahan itu.
Apa-apa aduan mengenai kelakuan mana-mana Peguam Syarie atas sifat profesionalnya hendaklah dibuat kepada jawatankuasa
Mahkamah atau Ketua Pendakwa Syarie boleh, pada bila-bila masa, merujukkan kepada Jawatankuasa apa-apa maklumat yang menyentuh kelakuan seseorang Peguam Syarie atas sifat profesionalnya.
Sesuatu rayuan terhadap mana-mana perintah yang dibuat oleh Jawatankuasa berkenaan dengan sesuatu permohonan atau aduan di bawah kaedah-keadah ini hendaklah dibuat kepada Majlis sama ada atas kehendak pemohon atau Peguam Syarie yang terhadapnya aduan dibuat dalam masa satu bulan dari tarikh perintah itu dan keputusan Majlis adalah muktamad
Peguam Syarie hendaklah tertakluk kepada kawalan Jawatankuasa dan boleh, apabila sebab yang wajar ditunjukkan,dicela,digantung atau dikeluarkan dari Daftar.
Sebab yang wajar itu boleh ditunjukkan dengan bukti bahawa Peguam Syarie itu : a) telah disabitkan atas kesalahan jenayah; b) telah melakukan kesalahan pecah amanah dalam melaksanakan tugas-tugas profesionalnya atau kelakuan fruad atau kelakuan selainnya yang tidak sesuai dengan seseorang Peguam Syarie; c) telah memberikan, menjanjikan atau menawarkan mana-mana orang sama ada bagi faedah orang itu atau orang lain, apa-apa suapan sebagai dorongan kepada atau hadiah bagi mendapatkan pekerjaan dalam apa-apa urusan perundangan bagi dirinya sendiri atau mana-mana Peguam Syarie lain; d) telah secara langsung atau tak langsung mendapatkan atau cuba mendapatkan pekerjaan bagi dirinya sendiri atau mana-mana Peguam Syarie lain melalaui atau dengan arahan mana-mana orang yang kepadanya apa-apa saraan bagi mendapatkan pekerjaan itu telah diberikan olehnya atau dipersetujui atau dijanjikan untuk diberikan sedemikian; e) telah menerima pekerjaan dalam apa-apa urusan perundangan melalui seseorang penarik langganan; f) membenarkan mana-mana kerani atau mana-mana orang lain yang tak diberikuasa untuk mengusahakan atau menjalankan urusan perundangan atas namanya sedangkan kerani atau orang lain yang tak diberi kuasa itu berada di bawah kawalan prinsipalnya bagi memastikan dia tidak bertindak tanpa pengawasan yang sepatutnya; g) menjalankan dengan sendiri atau melalui mana-mana orang yang bekerja dengannya apa-apa tred, perniagaan atau kerjaya yang pada pendapat Jawatankuasa adalah tidak sesuai dengan kedudukannya sebagai Peguam Syarie; h) telah melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukkan kaedah-kaedah ini atau mana-mana kaedah-kaedah lain yang dibuat di bawah Akta jika pada pendapat Jawatankuasa perlanggaran atau kemungkiran itu memerlukan tindakan tatatertib.
Dalam apa-apa prosiding di bawah kaedah ini Jawatankuasa boleh, sebagai tambahan kepada fakta-fakta kes itu, mengambil kira kelakuan dan watak orang berkenaan pada masa yang lalu untuk menentukan apakah perintah yang patut dibuat.