| Bahasa Melayu | English | Arabic |
/

    Laman Utama Pengumuman


Pengumuman

Menaik taraf Sistem E-Syariah versi 2.0


Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi(BTMK) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia(JKSM) sedang dalam proses menaiktaraf Sistem E-Syariah Versi 2.0 untuk meningkatkan mutu perkhidmatan yang diberikan kepada anda, pelanggan yang kami hargai.

Proses ini meliputi pembaharuan dari segi rupa, ciri, fungsi dan infrastruktur server dan client baru bagi memperkasakan sistem E-Syariah sedia ada selari dengan teknologi ICT yang terkini.

Selain Sistem Pengurusan Kes Mahkamah Syariah (SPKMS), penambahbaikan juga meliputi semua sub sistem yang mempunyai pautan dan hubungan dengan E-Syariah seperti Portal E-Syariah, Sistem Pendaftaran Peguam Syarie dan Sistem Link.

Penambahbaikan ini juga adalah hasil dari maklumbalas pengguna yang diperolehi dari bengkel dan aktiviti yang telah dijalankan. Pengguna E-Syariah bakal menikmati perkhidmatan ini, apabila proses yang bermula dari 2009 dan berakhir pada tahun 2011.

Walaubagaimanapun, Sistem E-Syariah masih boleh diakses seperti biasa sepanjang proses naiktaraf ini.

Terima Kasih di atas sokongan anda terhadap kami.

 

Kembali