| Bahasa Melayu | English | Arabic |
/

    Laman Utama Berita Semasa


Perkongsian Kepakaran JKSM Demi Pembangunan Kemahiran Perundangan Syariah di Brunei

BRUNEI- Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam menerusi Unit Perundangan Islam telah mengadakan Kursus Pembangunan Kemahiran kepada lebih 50 orang pengamal undang-undang syariah dan sivil, pegawai Kementerian Pertahanan, Kementerian Hal Ehwal Agama, Polis Diraja Brunei dan lain-lain agensi  di negara tersebut.

Sehubungan itu, Y. Bhg. Dr. Mohd Na’im bin Mokhtar selaku Timbalan Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), telah dijemput khas bagi mewakili Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) sebagai fasilitator untuk mengendalikan kursus terbabit.

Terdapat empat modul kursus berasingan dijalankan dimulai dengan Acara Mal 1 (perbicaraan) yang berlangsung pada 22 hingga 25 November 2010, disusuli Acara Mal 2 (pasca penghakiman) bermula pada 10 hingga 13 Januari 2011, Acara Jenayah Syariah 1(penyiasatan serta pra-perbicaraan) dan diakhiri Acara Jenayah 2 (perbicaraan dan pasca penghakiman) pada 7 hingga 10 Februari 2011.

Senarai Berita Semasa Kembali