| Bahasa Melayu | English | Arabic |
/

    Laman Utama Berita Semasa


Berita Semasa
Bengkel Promosi Kesedaran, Penggunaan Dan Pelaksanaan Sistem E-Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (Zon Selatan)

Melaka, 20 Jun 2012 - Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah menganjurkan Bengkel Promosi Kesedaran, Penggunaan dan Pelaksanaan Sistem E-Syariah (Zon Selatan). Bengkel selama 3 hari 2 malam ini, bermatlamat memberi kesedaran tentang penggunaan dan pelaksanaan Sistem E-Syariah kepada staf Jabatan Kehakiman Syariah Negeri/Mahkamah Syariah Negeri. Majlis yang berlangsung di A’Famosa Resort, Melaka telah dirasmikan oleh YAA Tan Sri Ibrahim Bin Lembut, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

Perasmian bengkel oleh YAA Tan Sri Ibrahim Bin Lembut

Seramai 6 orang penceramah terdiri daripada pegawai-pegawai dari Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah memberi penerangan mengikut modul masing-masing. Modul-modul yang terlibat ialah Sistem Pengurusan Kes Mahkamah Syariah (SPKMS), e-Nafkah, e-Bicara, Sulh, Sistem Pendaftaran Peguam Syarie (SPPS), Kewangan dan Statistik. Kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh para peserta untuk menanyakan soalan secara langsung kepada pegawai berkenaan mengenai masalah dihadapi tentang penggunaan Sistem E-Syariah. Di samping itu, para peserta juga memberi cadangan penambahbaikan seperti menyeragamkan prosedur setiap negeri agar perjalanan sistem lebih lancar

Peserta-peserta dari Zon Selatan

Penceramah, Fasilitator dan Urus Setia yang terlibat

Selain pelaksanaan bengkel, sesi riadah turut dijalankan dengan mengadakan aktiviti sukaneka yang melibatkan 33 orang peserta, penceramah, fasilitator dan urus setia bengkel. Antara sukan yang dipertandingkan adalah bowling kelapa, pecah belon dan ikat kaki. Aktiviti yang dibahagikan kepada 2 kumpulan mengikut jabatan ini telah dijuarai oleh Mahkamah Syariah Negeri Melaka bagi kumpulan lelaki dan wanita.

Peserta bengkel Zon Selatan

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Rozman Bin Mat Sidek, Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Secara keseluruhannya bengkel ini telah berjaya membantu staf Jabatan Kehakiman Syariah Negeri/Mahkamah Syariah Negeri meningkatkan produktiviti kerja dengan penggunaan sistem ini sepenuhnya. Bengkel ini juga telah mendapat maklum balas baik daripada peserta dan akan diteruskan promosi seterusnya di Zon Timur pada bulan Julai 2012.

Senarai Berita Semasa Kembali