| Bahasa Melayu | English | Arabic |
/

Bengkel Standard Operating Procedure (SOP) Bil 1/2010

Bagan Lalang, Sepang – Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menganjurkan Bengkel Standard Operating Procedure (SOP) Bil 1/2010 pada 23-24 Disember 2010 di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang, Sepang, Selangor. 

Lawatan Kerja BSK JKSM ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah (JKSNS)

Lawatan Kerja Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), JKSM yang diketuai oleh Timbalan Pengarah BSK, Dr Hj Mohd Naim bin Hj Mokhtar ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah (JKSNS) telah diadakan pada 5-6 Oktober 2010 bersamaan 26-27 Syawal 1431H.

Bengkel Pelaksanaan dan Penggunaan E-Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Bil. 1/2012

Pulau Pinang, 29 Februari 2012 – Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah menganjurkan Bengkel Pelaksanaan dan Penggunaan E-Syariah Bil. 1/2012 bagi Zon Utara. Bengkel tersebut telah diadakan di Tanjung Bungah Beach Hotel, Pulau Pinang dari 29 Februari hingga 02 Mac 2012 dan telah dirasmikan oleh Tuan Rozman bin Mat Sidek, Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.



Bengkel Promosi Kesedaran, Penggunaan Dan Pelaksanaan Sistem E-Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (Zon Selatan)

Melaka, 20 Jun 2012 – Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah menganjurkan Bengkel Promosi Kesedaran, Penggunaan dan Pelaksanaan Sistem E-Syariah (Zon Selatan). Bengkel selama 3 hari 2 malam ini, bermatlamat memberi kesedaran tentang penggunaan dan pelaksanaan Sistem E-Syariah kepada staf Jabatan Kehakiman Syariah Negeri/Mahkamah Syariah Negeri. Majlis yang berlangsung di A'Famosa Resort, Melaka telah dirasmikan oleh YAA Tan Sri Ibrahim Bin Lembut, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia