| Bahasa Melayu | English | Arabic |
/

Berita Dunia

18 maut dalam 4 letupan bom
Dipetik dari Berita Harian(08/05/2005)


HAWIJA: Empat pengeboman termasuk tiga serangan berani mati yang berlaku dalam masa tujuh minit mengorbankan 18 orang termasuk tentera Iraq dan mencederakan 39 yang lain di utara negara itu awal semalam, kata komander polis Iraq.

Serangan pertama disebabkan bom tepi jalan di Hawija, 240 kilometer ke utara Baghdad, sebelum tiga pengebom berani mati mensasarkan pusat pemeriksaan tentera di bandar Bagara dan Dibis berhampiran termasuk di pintu masuk ke Hawija.

Pegawai polis, Brig Sarhad Qader, berkata sekurang-kurangnya 18 terbunuh dan 39 cedera dalam letupan itu tetapi tidak memberikan butiran lanjut mengenai kematian sebenar dalam setiap insiden


Sementara Kolonel Ahmed Hammoud berkata, serangan bertujuan mengganggu penduduk Hawija dan menakutkan rakyat Iraq untuk bekerja dengan pasukan keselamatan.

Tiga serangan bom kereta berlaku hampir serentak dan membabitkan pemandu meletupkan kenderaan berhampiran anggota tentera,” kata Hammoud.br>
Antara yang maut termasuk sekurang-kurangnya tiga tentera Iraq yang terbunuh dalam pengeboman di Bagara dan tiga penduduk awam dalam serangan di dalam Hawija, kata Brig Jeneral Anwar Mohammed Amin.

Sekurang-kurangnya 10 lagi termasuk tentera dan orang awam cedera, tambahnya. Tentera Amerika Syarikat bersenjata berat mengawasi tempat kejadian di Hawija, hanya membenarkan ambulans masuk untuk mengangkut mayat dan mangsa cedera. – AP.

Tamat

Kembali