Faraid
Soalan : Apakah status penama terhadap harta si mati?
Jawapan : Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tahun 1973 telah memberikan pendapatnya dalam Mesyuarat Raja-raja pada 20 September 1973 dan bersetuju bahawa penama-penama KWSP, wang simpanan pejabat pos, bank, insuran, dan syarikat kerjasama adalah sebagai orang-orang yang melaksanakan wasiat si mati atau wasi. Mereka boleh menerima wang si mati dari sumber-sumber tersebut untuk dibahagikan kepada orang yang berhak mengikut faraid.
 
Kembali