Faraid
Soalan : Apakah asas yang dipertimbangkan oleh Mahkamah untuk membolehkan seseorang menerima pusaka atas sebab perkahwinan?
Jawapan : Antara asas-asas yang dipertimbangkan ialah :

i) Sama ada perkahwinan itu sah atau tidak mengikut Hukum Syarak.
ii) Sama ada kematian berlaku sebelum atau selepas akad nikah.
iii) Adakah pasangan pernah bersama atau tidak.
iv) Adakah harta tersebut milik si mati atau tidak?
v) Sekiranya bercerai hidup, adakah dalam eddah talak rajie
 
Kembali